28 Mei 2012, MOUASSA – Suatu Program Hari Bersama
Anak-anak Yatim yang julung kalinya diadakan anjuran Badan Kebajikan LIFE (milik sepenuhnya
pelajar perubatan Arab Mesir) dengan
kerjasama utuh Yayasan YALLA telah
berlangsung dengan jayanya, AlhamdulilAllah.
Program Hari Bersama Anak-anak Yatim (Orphan’s Day) ini bertujuan bagi meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik yang berasal dari pelbagai rumah anak yatim. Selain daripada itu, program ini mempunyai objektif jelas iaitu memenuhi kehendak dan keinginan mereka untuk merasai nikmat sepertimana kanak-kanak lain.
Program yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 6
petang telah bermula dengan ketibaan anak-anak kecil di perkarangan taman
Mouassa menaiki lebih kurang empat buah bas yang telah ditempah khas untuk
mereka.
Seawal jam 9 pagi, persiapan program dan penyedian khemah
telah dibuat bagi menyambut kedatangan mereka yang diraikan.
Antara
aktiviti-aktiviti yang telah disediakan
ialah pemberian sarapan pagi, Puppet Show, sketsa oleh pelajar arab,
sesi mewarna dan sesi bermain di taman permainan yang dibawa khusus buat mereka
(PlayLand).
DreamCity yang juga merupakan salah satu aktiviti kemuncak dimana
kanak-kanak riang ini dapat memilih sepasang
kasut, baju dan seluar kegemaran serta
makanan dan minuman ringan dan alat- alat permainan yang mereka sukai.Mereka juga diberi sebuah
beg berisi berus gigi,ubat gigi dan
sebuku sabun (Self-Care Bag).
Presiden Badan Kebajikan LIFE, Serag Eldin Kamel menyatakan
kegembiraan beliau dalam kolaborasi yang dijalankan bersama pelajar-pelajar
Malaysia melalui Yayasan YALLA serta beliau berharap agar kerjasama yang
dilakukan dapat diteruskan .
Manakala, Presiden Yayasan YALLA, Mohd Erfan bin Edros menyampaikan
setinggi-tinggi ucapan tahniah atas sokongan padu yang diberikan oleh
pelajar-pelajar Malaysia terutamanya
dalam bentuk sumbangan dalam menjayakan program ini.
Yalla Foundation
Hye.. can I get Mohd Erfan contact num?
ReplyDelete