Blogger Widgets

Social Icons

Featured Posts

.

Sunday 1 July 2012

Laporan SC gabungan (ikhwah)


Matrouh,Agiba,29 jun 2012 – unit sukan dan aktiviti luar bersama unit pembangunan insan(ikhwah) telah berjaya menganjurkan aktiviti rehlah dan SC(smart circle) yang bertemakan beriadah sambil beribadat.

Aktiviti ini telah disertai oleh 19 orang jejaka LORD.Walaupun jumlah yang agak sedikit kerana terdapat beberapa peserta yang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,program ini tetap mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta yang mengambil bahagian.

Bertolak pada jam 12.30 malam dan tiba disana pada jam 6.00 pagi, peserta dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak LORD yang dimasak istimewa oleh saudara Mohd hakime bin masri.Kemudian peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk memulakan program SC.Setiap peserta telah diberikan tajuk masing-masing dan diminta untuk menghuraikan tajuk-tajuk tersebut kepada ahli kumpulan.Antara tajuk-tajuk yang diberi adalah berkenaan dengan solat,ukhwah,kepimpinan,kejaya sebagai doktor muslim dan juga persediaan untuk menghadapi ramadhan al-mubarak yang mulia.

Selepas selesai program SC gabungan, aktiviti yang dinanti-nantikan telah pun tiba,mandi laut dan beriadah.Program tamat lebih awal daripada waktu yang dijangkakan.Ini adalah kerana angin yang kencang menyebabkan ombak beralun dengan kuat dan atas isu-isu keselamatan peserta program terpaksa menghentikan aktiviti di laut.Pada jam 12.00 tengahari,peserta bersiap-siap utk pulang.Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai di bumi Iskandariah.Alhamdulillah semua peserta sampai dengan selamat pada jam 5.30 petang dan pulang ke rumah masing-masing untuk berehat bagi mempersiapkan diri dengan kuliah pada keesokan harinya.

Berkumpul sebelum bertolak pada jam 12.30 malam

santai...SC gabungan

Kami the LORD of Matrouh......


Individu paling aktif... Syafiq Ameerul Ibtisyam Bin Zulkiflee

Akhir kalam,diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi dan mendapat sambutan daripada semua warga LORD(ikhwah).Bersesuaian dengan hadis nabi yang mulia,marilah kita bersama-sama mengajak melakukan amal yang baik dalam apa jua program yang kita lakukan kerana ALLAH menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada kita.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,  adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Wallahu’alam.



Friday 29 June 2012

Majlis Kesyukuran dan Keraian Pasangan Mempelai LORD


Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.


Tanggal 28 Jun 2012 merupakan tarikh bersejarah  buat Muhammad Haris Fadhilah b. Muhammad dan Nur Amahirah bt. Hassanzaki kerana pada tarikh tersebut termeterainya ikatan antara dua hati. Istimewanya, pernikahan ini adalah pertama kali yang diadakan di bumi Iskandariah, serta yang pertama antara sesama batch LORD.

Selesai akad nikah pada sebelah petang, majlis kesyukuran dan keraian pengantin diadakan pada sebelah malam yang bertempat di Tingkat 3, Bangunan Asrama MARA. Majlis bermula dengan sesi berbalas pantun oleh pasangan pengacara majlis, saudara Abdul Rahim b Suhaini dan saudari Nurul Izyani bt Rosley telah berjaya menghangatkan suasana majlis. Pengenalan pengantin dilakukan lain daripada kebiasaan  dengan cara memilih mana-mana para hadirin yang hadir untuk menceritakan serba sedikit mengenai diri pasangan pengantin tersebut.

Tidak lengkap majlis tanpa mendengar kata-kata azimat daripada Walid atau Ustaz Haji Isahak b. Othaman selaku Ketua Pengarah MARA Timur Tengah buat semua yang hadir khususnya pasangan mempelai yang diraikan, seterusnya membacakan doa khas untuk meraikan mereka. Saudara Ahmad Farhan b. Mahabot selaku wakil Unit Bait Muslim PCI dijemput untuk memberikan ucapan dan ringkasan mengenai sistem Bait Muslim yang digunakan sebagai ‘medium’ bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mencari pasangan yang sah disisi syara’

Tibanya kemuncak majlis  apabila pasangan ‘raja sehari’ dijemput memberi kata-kata ucapan. Tidak ketinggalan video yang menayangkan perjalanan proses pernikahan pada siang hari yang dinantikan oleh semua warga Iskandariah memandangkan ramai yang tidak dapat menyaksikan lafaz akad nikah disebabkan tuntutan kelas atau peperiksaan pada waktu tersebut.

Majlis berakhir dengan jamuan makan yang cukup sederhana serta sesi fotografi dan ramah mesra bersama pasangan pengantin.

Moga bahtera rumahtangga yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke syurga.














wallahu'alam

Tuesday 26 June 2012

Liga Perdana LORD 2012

Dalam kita sibuk mencari ilmu saban hari sebagai seorang pelajar medik di bumi Iskandariah jangan lah kita lupa akan kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan badan.Badan yang sihat membuat kan kita lebih bertenaga melalui kehidupan seharian yang semakin hari semakin mencabar terutamanya di musim panas ini. Cuaca panas , kelas dan tugasan kuliah yang mencurah-curah, program tutor gabungan,persediaan untuk peperiksaan dan tangggungjawab di rumah membuat kan para pelajar lebih cenderung untuk tidak mepedulikan kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri.

Sehubungan dengan itu,unit sukan dan aktiviti luar mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu kejohanan futsal yang bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik malahan juga dalam kokurikulum.Disamping itu juga program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah dikalangan peserta..InsyaAllah.
LORD Premier League(LPL) telah berakhir semalam mendapat sambutan y menggalakan dikalangan pelajar lelaki tahun 5.Kejohanan y diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada 12/6 dan 25/6.Sebanyak 20 perlawanan diadakan  diantara 5 pasukan .Berikut adalah keputusan kejohanan mengikut mata tertinggi setiap pasukan.
juara
C   - 19 mata (Daus , Syam ,Miji, Kamarul Haziq ,Nasri)

E -  12 mata (Zimi,Dani,Speko,Halim,Alip panjang)

C-  11 mata (Fahmi,,Acap,Moja,Haziq Afifi,Hikmi)

A -10 mata ( Abi,Fauzul,Irsyad Palee,Cip)

B – 5 mata (Angela,Sep,Ajir,Helmi,Shez)

Penjaring terbanyak kejohanan

1)Daus -9 gol
2)Speko – 8 gol
3)Moja -5 gol

Anda semua adalah pemenang kerana kemanisan ukhwah itu mahal harganya.