Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih-sayang Allah swt..
Dengan sukacitanya, kami menjemput anda semua untuk menghadiri 'Malam Kembara Ukhuwah' edisi khas pada 16 Jun, Sabtu ini..
Tema untuk MKU kali ini ialah 'METAMORPHOSIS'.Tujuan tema ini dipilih adalah kerana ingin menggalakkkan ahli-ahli LORD untuk bersama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik dari semua aspek rohani, sahsiah dan akademik.
![]() |
MALAM KEMBARA UKUWAH |
Perubahan untuk menjadi lebih baik bukanlah satu kebetulan bahkan kita perlu berusaha ke arahnya. Tindak tanduk kita pada hari ini adalah penentu masa depan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk bergerak mencari jalan untuk mengubah diri kita yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Firman Allah swt "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Rad ayat 11).
Masih tidak terlambat untuk melakukan perubahan.
Nothing is impossible in this life.
Remember, you are what you think you are ~
0 ulasan:
Post a Comment