Blogger Widgets

Sunday, 10 June 2012

LORD ladies day out!

Iskandariah, 4 Mei 2012 – Unit Sukan dan Aktiviti Luar ( USAL ) LORD telah mengadakan hari sukan atau dinamakan “Lord’s Ladies Day Out” pada 4 Mei yang lalu sebagai salah satu aktiviti batch untuk mengeratkan ukhuwwah antara akhawat-akhawat tahun 5.


Aktiviti ini dijalankan di sutuh asrama MARA seawal 7.45 pagi dengan mengadakan aktiviti mengumpul ahli-ahli kumpulan masing-masing. Akhawat dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu seramai 24 orang bagi setiap kumpulan. Setiap ahli yang berjaya hadir sebelum 7.45 pagi akan menyumbang sebanyak 4 mata kepada kumpulannya.


Aktiviti diteruskan dengan “games” seperti galah panjang, baling selipar, kakak rentak, “Lord’s station” dan “Picture Me” sehingga pukul 11 pagi. Semasa aktiviti dijalankan, AJK Ekonomi melakukan jualan makanan dan minuman untuk memeriahkan lagi keadaan. Juadah seperti nasi lemak, karipap, donut dan air dijual untuk menghilangkan lapar dan dahaga para akhawat kerana cuaca yang agak terik pada hari tersebut.


togetherness is happiness :)

Di samping aktiviti fizikal, pihak penganjur turut menyelitkan pengisian rohani dari AJK Unit Pembangunan Insan iaitu Izzati Othman mengenai “Anger Management in Islamic & Scientific Studies” yang memberi manfaat kepada semua ahli. Tidak lupa juga ucapan dari Timbalan Ketua Batch, Nur Hasyimah Mat Zin yang kami sayangi, menyerikan lagi majlis kami pada pagi itu.


Acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah bagi semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan johan keseluruhan dimenangi oleh Kumpulan 4. Namun begitu, setiap kumpulan juga menerima cenderahati daripada pihak penganjur kerana kesudian dan semangat kesukanan setiap ahli untuk menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.



0 ulasan:

Post a Comment