Blogger Widgets

Saturday, 16 June 2012

Laporan SC gabungan (akhawat)


Iskandariah,6 Jun 2012 – Unit Pembangunan Insan (akhawat) LORD telah berjaya menganjurkan  satu aktiviti smart circle (SC) gabungan yang diberi nama Sherlock Holmes Special for Running Ladies, dan bertemakan Islamic medicine.

AKtiviti ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada akhawat.Tahniah dan terima kasih atas semua yang berusaha menjayakan program ini.


Kehadiran peserta bermula jam 6.30 pagi di Masjid Abu Abbas.Kemudian peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan berdasarkan warna pink,hijau,ungu dan jingga.Aktiviti bermula apabila setiap kumpulan mendapat arahan supaya menyelesaikan 4 kes kesihatan ,1 kes untuk setiap kumpulan.

Peserta mula bergerak dari Masjib Abu Abbas ke Qalaah (Qait Bay) dan berhenti pada setiap checkpoint untuk mendapatkan clue pertandingan.Antara permainan yang berlangsung disetiap checkpoint adalah menapi tudung botol,skipping tali,permainan regu, dan passing getah menggunakan straw.

Antara kes yang Berjaya diselesaikan adalah;
1)      Treatment for Multiple Sclerosis using bee venom
2)      Treatment of Bedouin sheep for Sciatica
3)      Musk Deer can treat Seizures
4)      Camel Urine has its benefit on treatmen of hydrocephalus in children.



Alhamdulillah,aktiviti diteruskan lagi dengan pengisian rohani oleh saudari Sarah Suraya binti Zaman bertajuk Bahtera penyelamat untuk para du’at oleh Fathi Yakan.Antara intipati pengisian berkisar tentang  makrifatullah, ibadatullah ,zikrullah,takutkan Allah, mendekati Allah, sayang kepada Allah,redha dan juga cinta kepada rasulullah.
Semoga setiap peserta mendapat dan intifada  dalam setiap aktiviti yang berlangsung,dan beroleh kerberkatan Sayyidul Ayyam Jumaat dari Allah s.w.t.

Akhir kalam, harapnya program yang julung kali diadakan ini akan terus dirancang setiap tahun untuk mengeratkan rasa kasih saying dan ukhuwwah para peserta.


AJK2 pelaksana


Badan sihat otak cergas hati tenang,
Iman kuat lambang wanita solehah,moga Islam terus cemerlang.



Wallahua’lam.



0 ulasan:

Post a Comment