Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.
Tanggal 28
Jun 2012 merupakan tarikh bersejarah
buat Muhammad Haris Fadhilah b. Muhammad dan Nur Amahirah bt. Hassanzaki
kerana pada tarikh tersebut termeterainya ikatan antara dua hati. Istimewanya,
pernikahan ini adalah pertama kali yang diadakan di bumi Iskandariah, serta
yang pertama antara sesama batch LORD.
Selesai akad
nikah pada sebelah petang, majlis kesyukuran dan keraian pengantin diadakan
pada sebelah malam yang bertempat di Tingkat 3, Bangunan Asrama MARA. Majlis
bermula dengan sesi berbalas pantun oleh pasangan pengacara majlis, saudara Abdul
Rahim b Suhaini dan saudari Nurul Izyani bt Rosley telah berjaya menghangatkan
suasana majlis. Pengenalan pengantin dilakukan lain daripada kebiasaan dengan cara memilih mana-mana para hadirin
yang hadir untuk menceritakan serba sedikit mengenai diri pasangan pengantin
tersebut.
Tidak
lengkap majlis tanpa mendengar kata-kata azimat daripada Walid atau Ustaz Haji
Isahak b. Othaman selaku Ketua Pengarah MARA Timur Tengah buat semua yang hadir
khususnya pasangan mempelai yang diraikan, seterusnya membacakan doa khas untuk
meraikan mereka. Saudara Ahmad Farhan b. Mahabot selaku wakil Unit Bait Muslim
PCI dijemput untuk memberikan ucapan dan ringkasan mengenai sistem Bait Muslim
yang digunakan sebagai ‘medium’ bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mencari
pasangan yang sah disisi syara’
Tibanya
kemuncak majlis apabila pasangan ‘raja
sehari’ dijemput memberi kata-kata ucapan. Tidak ketinggalan video yang
menayangkan perjalanan proses pernikahan pada siang hari yang dinantikan oleh
semua warga Iskandariah memandangkan ramai yang tidak dapat menyaksikan lafaz akad
nikah disebabkan tuntutan kelas atau peperiksaan pada waktu tersebut.
Majlis
berakhir dengan jamuan makan yang cukup sederhana serta sesi fotografi dan
ramah mesra bersama pasangan pengantin.
Moga bahtera
rumahtangga yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke syurga.
wallahu'alam
0 ulasan:
Post a Comment