Blogger Widgets

Sunday, 1 July 2012

Laporan SC gabungan (ikhwah)


Matrouh,Agiba,29 jun 2012 – unit sukan dan aktiviti luar bersama unit pembangunan insan(ikhwah) telah berjaya menganjurkan aktiviti rehlah dan SC(smart circle) yang bertemakan beriadah sambil beribadat.

Aktiviti ini telah disertai oleh 19 orang jejaka LORD.Walaupun jumlah yang agak sedikit kerana terdapat beberapa peserta yang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,program ini tetap mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta yang mengambil bahagian.

Bertolak pada jam 12.30 malam dan tiba disana pada jam 6.00 pagi, peserta dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak LORD yang dimasak istimewa oleh saudara Mohd hakime bin masri.Kemudian peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk memulakan program SC.Setiap peserta telah diberikan tajuk masing-masing dan diminta untuk menghuraikan tajuk-tajuk tersebut kepada ahli kumpulan.Antara tajuk-tajuk yang diberi adalah berkenaan dengan solat,ukhwah,kepimpinan,kejaya sebagai doktor muslim dan juga persediaan untuk menghadapi ramadhan al-mubarak yang mulia.

Selepas selesai program SC gabungan, aktiviti yang dinanti-nantikan telah pun tiba,mandi laut dan beriadah.Program tamat lebih awal daripada waktu yang dijangkakan.Ini adalah kerana angin yang kencang menyebabkan ombak beralun dengan kuat dan atas isu-isu keselamatan peserta program terpaksa menghentikan aktiviti di laut.Pada jam 12.00 tengahari,peserta bersiap-siap utk pulang.Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai di bumi Iskandariah.Alhamdulillah semua peserta sampai dengan selamat pada jam 5.30 petang dan pulang ke rumah masing-masing untuk berehat bagi mempersiapkan diri dengan kuliah pada keesokan harinya.

Berkumpul sebelum bertolak pada jam 12.30 malam

santai...SC gabungan

Kami the LORD of Matrouh......


Individu paling aktif... Syafiq Ameerul Ibtisyam Bin Zulkiflee

Akhir kalam,diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi dan mendapat sambutan daripada semua warga LORD(ikhwah).Bersesuaian dengan hadis nabi yang mulia,marilah kita bersama-sama mengajak melakukan amal yang baik dalam apa jua program yang kita lakukan kerana ALLAH menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada kita.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,  adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Wallahu’alam.