Blogger Widgets

Wednesday, 13 June 2012

Malam Kembara Ukhuwah (special edition)

Assalamualaikum warga LORD sekalian,
Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih-sayang Allah swt..

Dengan sukacitanya, kami menjemput anda semua untuk menghadiri 'Malam Kembara Ukhuwah' edisi khas pada 16 Jun, Sabtu ini..


Tema untuk MKU kali ini ialah 'METAMORPHOSIS'.Tujuan tema ini dipilih adalah kerana ingin menggalakkkan ahli-ahli LORD untuk bersama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik dari semua aspek rohani, sahsiah dan akademik. 


MALAM KEMBARA UKUWAH

Perubahan untuk menjadi lebih baik bukanlah satu kebetulan bahkan kita perlu berusaha ke arahnya. Tindak tanduk kita pada hari ini adalah penentu masa depan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk bergerak mencari jalan untuk mengubah diri kita yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling.







Firman Allah swt "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Rad ayat 11).

Masih tidak terlambat untuk melakukan perubahan.
Nothing is impossible in this life.
Remember, you are what you think you are ~

Tuesday, 12 June 2012

Laporan Aktiviti Program Hari Bersama Anak-anak Yatim 2012



28 Mei 2012, MOUASSA – Suatu Program Hari Bersama Anak-anak Yatim yang julung kalinya diadakan anjuran  Badan Kebajikan LIFE (milik sepenuhnya pelajar perubatan Arab Mesir)  dengan kerjasama utuh Yayasan YALLA  telah berlangsung dengan jayanya, AlhamdulilAllah.

Program Hari Bersama Anak-anak Yatim (Orphan’s Day)  ini bertujuan bagi meraikan kanak-kanak kurang  bernasib baik  yang berasal dari pelbagai rumah anak yatim. Selain daripada itu, program ini mempunyai objektif jelas iaitu memenuhi kehendak dan keinginan mereka untuk merasai nikmat sepertimana kanak-kanak lain.     
   



Program yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 6 petang telah bermula dengan ketibaan anak-anak kecil di perkarangan taman Mouassa menaiki lebih kurang empat buah bas yang telah ditempah khas untuk mereka.    

Seawal jam 9 pagi, persiapan program dan penyedian khemah telah dibuat bagi menyambut kedatangan mereka yang diraikan.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan  ialah pemberian sarapan pagi, Puppet Show, sketsa oleh pelajar arab, sesi mewarna dan sesi bermain di taman permainan yang dibawa khusus buat mereka (PlayLand).







DreamCity yang juga merupakan salah satu aktiviti kemuncak dimana kanak-kanak riang ini dapat memilih sepasang  kasut, baju dan seluar kegemaran serta  makanan dan minuman ringan dan alat- alat permainan  yang mereka sukai.Mereka juga diberi sebuah beg berisi  berus gigi,ubat gigi dan sebuku sabun (Self-Care Bag).




Presiden Badan Kebajikan LIFE, Serag Eldin Kamel menyatakan kegembiraan beliau dalam kolaborasi yang dijalankan bersama pelajar-pelajar Malaysia melalui Yayasan YALLA serta beliau berharap agar kerjasama yang dilakukan dapat diteruskan .

Manakala, Presiden Yayasan YALLA,  Mohd Erfan bin Edros menyampaikan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas sokongan padu yang diberikan oleh pelajar-pelajar  Malaysia terutamanya dalam bentuk sumbangan dalam menjayakan program ini.






Yalla Foundation



Sunday, 10 June 2012

Orphan day


assalam wbt.
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah wa syukur lillah.

seperti yg semua sedia maklum, Yalla Foundation dgn kerjasama Life Family gp. telah menganjurkan 'Orphan's Day' pada 28/5/2012 yg lepas.

berikut adalah maklumat akaun khas bg program ini:
* kutipan amal : LE 5,469.30
* jualan amal : LE 2,607.75
*JUMLAH KUTIPAN: LE 8,077.05

* jumlah perbelanjaan: LE 5,320.70

* BAKI kutipan: LE8,077.05 - LE 5,320.70
= LE2,756.35

P/S: saya sbg wakil Yalla Foundation ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih buat semua warga LORD atas sumbangan kewangan yang telah berjaya dikumpul melalui batch kita berjumlah LE 2,151.75 (fundraising+charitysale).
*terima kasih kpd penyumbang2 tenaga dan pembeli2 cupcakes,pens n buttons.
*terima kasih juga kpd yg hadir memberi sokongan dan smbgn tenaga pd hari kejadian.
*dan JAZAKUMULLAHU khayran katheera atas sokongan yg tidak putus2 dr sahabat2 semua.

Semoga Allah menerima amalan kita semua dan membalas jasa baik dari kalian semua.inshaAllah. ♥

"spread the love, heal the world"










      credit to Ruziyati Esmaon