Blogger Widgets
Showing posts with label Isu-isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu semasa. Show all posts

Friday, 29 June 2012

Majlis Kesyukuran dan Keraian Pasangan Mempelai LORD


Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.


Tanggal 28 Jun 2012 merupakan tarikh bersejarah  buat Muhammad Haris Fadhilah b. Muhammad dan Nur Amahirah bt. Hassanzaki kerana pada tarikh tersebut termeterainya ikatan antara dua hati. Istimewanya, pernikahan ini adalah pertama kali yang diadakan di bumi Iskandariah, serta yang pertama antara sesama batch LORD.

Selesai akad nikah pada sebelah petang, majlis kesyukuran dan keraian pengantin diadakan pada sebelah malam yang bertempat di Tingkat 3, Bangunan Asrama MARA. Majlis bermula dengan sesi berbalas pantun oleh pasangan pengacara majlis, saudara Abdul Rahim b Suhaini dan saudari Nurul Izyani bt Rosley telah berjaya menghangatkan suasana majlis. Pengenalan pengantin dilakukan lain daripada kebiasaan  dengan cara memilih mana-mana para hadirin yang hadir untuk menceritakan serba sedikit mengenai diri pasangan pengantin tersebut.

Tidak lengkap majlis tanpa mendengar kata-kata azimat daripada Walid atau Ustaz Haji Isahak b. Othaman selaku Ketua Pengarah MARA Timur Tengah buat semua yang hadir khususnya pasangan mempelai yang diraikan, seterusnya membacakan doa khas untuk meraikan mereka. Saudara Ahmad Farhan b. Mahabot selaku wakil Unit Bait Muslim PCI dijemput untuk memberikan ucapan dan ringkasan mengenai sistem Bait Muslim yang digunakan sebagai ‘medium’ bagi sesiapa yang berkeinginan untuk mencari pasangan yang sah disisi syara’

Tibanya kemuncak majlis  apabila pasangan ‘raja sehari’ dijemput memberi kata-kata ucapan. Tidak ketinggalan video yang menayangkan perjalanan proses pernikahan pada siang hari yang dinantikan oleh semua warga Iskandariah memandangkan ramai yang tidak dapat menyaksikan lafaz akad nikah disebabkan tuntutan kelas atau peperiksaan pada waktu tersebut.

Majlis berakhir dengan jamuan makan yang cukup sederhana serta sesi fotografi dan ramah mesra bersama pasangan pengantin.

Moga bahtera rumahtangga yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke syurga.














wallahu'alam

Tuesday, 19 June 2012

Laporan Malam Kembara Ukhuwah 5


Iskandariah, 16 Jun 2012 – Ahli jawatankuasa LORD telah berjaya mengadakan satu program iaitu Malam Kembara Ukhuwah 5 yang bertemakan “METAMORPHOSIS”.

Malam Kembara Ukhuwah 5
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli ahli LORD dengan kehadiran yang sangat memberansangkan. Tahniah diucapkan kepada ahli LORD yang memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Program dimulakan dengan kehadiran ahli LORD pada 7.00 mlm. Kemudian majlis diteruskan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Syafiq Ameerul Ibtisyam. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Basyir Kamaruzzaman.

Pada pukul 7.50 mlm bacaan doa pembukaan majlis diketuai oleh saudara Sherry Hafifi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada ketua batch, Abdul Hanan bin Jasmi yang mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli LORD serta memberi sedikit kata-kata nasihat.
Majlis kemudiannya diteruskan dangan ucapan Tuan Haji Isahak yang mengandungi pelbagai nasihat antaranya menyeru agar ahli LORD dapat memberi kerjasama dan sokongan dalam penglibatan terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, menasihati agar mengambil inisiatif dalam meningkatkan mutu akademik dan klinikal skill, menggalak para pelajar agar mengambil berat akan kehadiran ke kuliah dan peperiksaan dan juga memberi penerangan mengenai soal pinjaman biasiswa mara.

Seterusnya, pihak daripada ahli jawatankuasa  graduasi dan grand dinner diberikan kesempatan untuk menerangkan tentang program yang bakal dilaksanakan.
Antara perkara yang disentuh adalah :
1)      Penetapan kadar bayaran perlu dibayar oleh ahli LORD
2)      Tempat yang telah dipilih untuk menjalankan program
3)      Tema dan kod etika pemakaian para pelajar
4)      Segala persoalan dan permasalahan tentang program

Malam Kembara Ukhuwah juga telah memberi anugerah penghargaan  kepada  4 orang wakil pelajar dan  1 anugerah pelajar terbaik yang ditujukan kepada saudari Nur Shahirah bt Ramli. Majlis juga diselang-selikan dengan cabutan bertuah seramai sepuluh orang. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan  daripada “Bogak Production” yang telah mempersembahkan sebanyak 2 buah lagu yang ternyata dapat memukau para hadirin sekalian.

Akhir kata, dengan berlansungnya majlis ini diharapkan dapat memberi semangat yang baru  kepada ahli LORD serta membuka peluang kepada individu untuk mengekspreskan bakat yang terpendam samada sebagai seorang pemimpin mahupun sebagai seorang penghibur. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.




Wednesday, 13 June 2012

Malam Kembara Ukhuwah (special edition)

Assalamualaikum warga LORD sekalian,
Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih-sayang Allah swt..

Dengan sukacitanya, kami menjemput anda semua untuk menghadiri 'Malam Kembara Ukhuwah' edisi khas pada 16 Jun, Sabtu ini..


Tema untuk MKU kali ini ialah 'METAMORPHOSIS'.Tujuan tema ini dipilih adalah kerana ingin menggalakkkan ahli-ahli LORD untuk bersama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik dari semua aspek rohani, sahsiah dan akademik. 


MALAM KEMBARA UKUWAH

Perubahan untuk menjadi lebih baik bukanlah satu kebetulan bahkan kita perlu berusaha ke arahnya. Tindak tanduk kita pada hari ini adalah penentu masa depan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk bergerak mencari jalan untuk mengubah diri kita yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling.







Firman Allah swt "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Rad ayat 11).

Masih tidak terlambat untuk melakukan perubahan.
Nothing is impossible in this life.
Remember, you are what you think you are ~

Tuesday, 12 June 2012

Laporan Aktiviti Program Hari Bersama Anak-anak Yatim 2012



28 Mei 2012, MOUASSA – Suatu Program Hari Bersama Anak-anak Yatim yang julung kalinya diadakan anjuran  Badan Kebajikan LIFE (milik sepenuhnya pelajar perubatan Arab Mesir)  dengan kerjasama utuh Yayasan YALLA  telah berlangsung dengan jayanya, AlhamdulilAllah.

Program Hari Bersama Anak-anak Yatim (Orphan’s Day)  ini bertujuan bagi meraikan kanak-kanak kurang  bernasib baik  yang berasal dari pelbagai rumah anak yatim. Selain daripada itu, program ini mempunyai objektif jelas iaitu memenuhi kehendak dan keinginan mereka untuk merasai nikmat sepertimana kanak-kanak lain.     
   



Program yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 6 petang telah bermula dengan ketibaan anak-anak kecil di perkarangan taman Mouassa menaiki lebih kurang empat buah bas yang telah ditempah khas untuk mereka.    

Seawal jam 9 pagi, persiapan program dan penyedian khemah telah dibuat bagi menyambut kedatangan mereka yang diraikan.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan  ialah pemberian sarapan pagi, Puppet Show, sketsa oleh pelajar arab, sesi mewarna dan sesi bermain di taman permainan yang dibawa khusus buat mereka (PlayLand).







DreamCity yang juga merupakan salah satu aktiviti kemuncak dimana kanak-kanak riang ini dapat memilih sepasang  kasut, baju dan seluar kegemaran serta  makanan dan minuman ringan dan alat- alat permainan  yang mereka sukai.Mereka juga diberi sebuah beg berisi  berus gigi,ubat gigi dan sebuku sabun (Self-Care Bag).




Presiden Badan Kebajikan LIFE, Serag Eldin Kamel menyatakan kegembiraan beliau dalam kolaborasi yang dijalankan bersama pelajar-pelajar Malaysia melalui Yayasan YALLA serta beliau berharap agar kerjasama yang dilakukan dapat diteruskan .

Manakala, Presiden Yayasan YALLA,  Mohd Erfan bin Edros menyampaikan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas sokongan padu yang diberikan oleh pelajar-pelajar  Malaysia terutamanya dalam bentuk sumbangan dalam menjayakan program ini.






Yalla Foundation



Friday, 1 June 2012

Takwim solat Iskandariah (Jun 2012)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat menghapuskan dosa-dosa yang diperbuat diantaranya selagi tidak dikerjakan dosa-dosa besar."
                                                                                         Hadis - sahih riwayat Muslim







sumber Perubatan cawangan Iskandariah

Tuesday, 29 May 2012

SEB NEWS...SEB TUTOR GABUNGAN (TG)

semua diantara kita sudah mengetahui bahawa SEB TG akan diadakan dan dijadualkan berjalan pada 24 JUNE 2012 sehingga 19 JULY 2012 (ketika bulan kelas elective)...so, disini SEB ingin membuat SURVEY kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini....sila isi borang ini  https://docs.google.com/spreadsheet/embeddedform?formkey=dG40LVNOOXVEdDlCQ2lSblJGN0p0WVE6MQ  


perincian perihal TG ini seperti dibawah:

TEMPAT : KSP asrama MARA
MASA : 2.00 P.M. (3-4 hours)
CARA PELAKSANAAN : 

a) grouping...for each group will be 6-8 members according to
jumlah penyertaan
b) setiap group akan dihandle oleh seorang tutor yang akan
bergilir-gilir setiap hari...(baru x bosan tutor samer jer ajar)
c) TG akan dimulakan tgn penerangan each topic by the tutor bertanggungjawab....followed by masa untuk student mengulang kaji sendiri, pada masa yang sama boleh terus brtanya soalan yang x faham pada tutor berkenaan...and lastly, tutor akan menyediakan soalan yang dikumpul daripada professor2 berpengalaman dan jawab together-gather lah....

TARGET : all participants results for FINAL-TERM EXAMINATION 5TH year – 2ND Semester will be ABOVE PNG 3.0...AMIN

"BTW...kitorang akan cuba dari segi kebajikan (mkan & minum) ...tu pun klu WALID kasi bajet lah OR batch baik hati nk sponsor ckit...or ader org yg nk buat sedekah tuk org2 yg berjuang belajr ni..." - "yang penting tulis namer dulu klu nk join...jngn bising jer psl mkn ;)"

WHY????

SEB telah membuat research dengan menggunakan keputusan FINAL-TERM EXAMINATION 5TH year – 1ST Semester (kredit to Liyanagh Liyanaghazali)..and here is the resut...:
a) semua pelajar malaysia (147 studs) BAWAH dari PNG 3.0 adalah
seramai 58 org (30.46%)
b) pelajar lelaki (61 org) BAWAH dari PNG 3.0 adalah seramai
40 org (65.57%)
c) pelajar perempuan (86 org) BAWAH dari PNG 3.0 adalah
seramai 18 org (20.93%)
"n.b~ please see the attachment for further details"

SEB sangat berharap agar ramai diantara kita yang dapat menyertai program ini dengan semangat dan matlamat yang baru...supaya kita dapat mengubah diri kita dan pandangan batch lain pada batch kita.....INSYAALLAH...klu kita berusaha, pasti akan berjaya...

"apalah salahnya klu kita bersusah sedikit n letih sikit sebulan sebelum exam tu...tuk keberjayaan kita jugak"

"don't always making excuses, even when u have one"