Blogger Widgets
Showing posts with label Malam Kembara Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Malam Kembara Ukhuwah. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Laporan Malam Kembara Ukhuwah 5


Iskandariah, 16 Jun 2012 – Ahli jawatankuasa LORD telah berjaya mengadakan satu program iaitu Malam Kembara Ukhuwah 5 yang bertemakan “METAMORPHOSIS”.

Malam Kembara Ukhuwah 5
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli ahli LORD dengan kehadiran yang sangat memberansangkan. Tahniah diucapkan kepada ahli LORD yang memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Program dimulakan dengan kehadiran ahli LORD pada 7.00 mlm. Kemudian majlis diteruskan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Syafiq Ameerul Ibtisyam. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Basyir Kamaruzzaman.

Pada pukul 7.50 mlm bacaan doa pembukaan majlis diketuai oleh saudara Sherry Hafifi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada ketua batch, Abdul Hanan bin Jasmi yang mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli LORD serta memberi sedikit kata-kata nasihat.
Majlis kemudiannya diteruskan dangan ucapan Tuan Haji Isahak yang mengandungi pelbagai nasihat antaranya menyeru agar ahli LORD dapat memberi kerjasama dan sokongan dalam penglibatan terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, menasihati agar mengambil inisiatif dalam meningkatkan mutu akademik dan klinikal skill, menggalak para pelajar agar mengambil berat akan kehadiran ke kuliah dan peperiksaan dan juga memberi penerangan mengenai soal pinjaman biasiswa mara.

Seterusnya, pihak daripada ahli jawatankuasa  graduasi dan grand dinner diberikan kesempatan untuk menerangkan tentang program yang bakal dilaksanakan.
Antara perkara yang disentuh adalah :
1)      Penetapan kadar bayaran perlu dibayar oleh ahli LORD
2)      Tempat yang telah dipilih untuk menjalankan program
3)      Tema dan kod etika pemakaian para pelajar
4)      Segala persoalan dan permasalahan tentang program

Malam Kembara Ukhuwah juga telah memberi anugerah penghargaan  kepada  4 orang wakil pelajar dan  1 anugerah pelajar terbaik yang ditujukan kepada saudari Nur Shahirah bt Ramli. Majlis juga diselang-selikan dengan cabutan bertuah seramai sepuluh orang. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan  daripada “Bogak Production” yang telah mempersembahkan sebanyak 2 buah lagu yang ternyata dapat memukau para hadirin sekalian.

Akhir kata, dengan berlansungnya majlis ini diharapkan dapat memberi semangat yang baru  kepada ahli LORD serta membuka peluang kepada individu untuk mengekspreskan bakat yang terpendam samada sebagai seorang pemimpin mahupun sebagai seorang penghibur. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.




Thursday, 14 June 2012

Surat Jemputan Rasmi MKU

Assalamualaikum wbt..
Surat jemputan rasmi untuk semua ahli batch LORD tahun 5 ke MKU..




**Kata-kata walid di bahagian bawah sebelah kiri surat :
Semua pelajar sangat wajar memberikan sokongan padu kepada program di atas demi nama baik & kecemerlangan Batch - Isahak Othman 13/6/2012

Wednesday, 13 June 2012

Malam Kembara Ukhuwah (special edition)

Assalamualaikum warga LORD sekalian,
Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih-sayang Allah swt..

Dengan sukacitanya, kami menjemput anda semua untuk menghadiri 'Malam Kembara Ukhuwah' edisi khas pada 16 Jun, Sabtu ini..


Tema untuk MKU kali ini ialah 'METAMORPHOSIS'.Tujuan tema ini dipilih adalah kerana ingin menggalakkkan ahli-ahli LORD untuk bersama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik dari semua aspek rohani, sahsiah dan akademik. 


MALAM KEMBARA UKUWAH

Perubahan untuk menjadi lebih baik bukanlah satu kebetulan bahkan kita perlu berusaha ke arahnya. Tindak tanduk kita pada hari ini adalah penentu masa depan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk bergerak mencari jalan untuk mengubah diri kita yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling.







Firman Allah swt "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Rad ayat 11).

Masih tidak terlambat untuk melakukan perubahan.
Nothing is impossible in this life.
Remember, you are what you think you are ~